makanan esotik di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis

Tuesday 27 March 2012 0 comments

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

pernah tengok tak dua makhluk Allah ini?



kalau x pernah yang gambaq first tu  nama dia siput mentarang, dan yang kedua ni pulak namanya belangkas..
bagi yang tak kenal mesti tak pernah makan dua jenis makhluk ini kan...ha....itulah keunikan yang terdapat di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis ini....Restoran-restoran di sini menyajikan masakan esotik yang sangat sedap...
dan hasilnya..


sedapnya tidak terkata..sesiapa yang tidak mencuba pasti rugi...

Tom Yam Campur!

0 comments

Perlis terkenal dengan pelbagai makanan. Disebabkan lokasinya yang berada bersebelahan dengan negara Thailand, makanannya yang terkenal di negeri Perlis juga dipengaruhi oleh masakan Thailand..
kebanyakan restoran di negeri Perlis menyediakan hidangan Tom Yam.

disini saya ingin berkongsi resipi cara untuk membuat Tom Yam supaya anda boleh membuat Tom Yam sendiri dirumah nanti.

BAHAN-BAHAN

¼ ekor ayam & daging
¼ kg udang & ¼ kg sotong
RM2.00 bunga kobis
RM1.00 kobis
3 biji carot
2 keping batang sup
10 helai daun limau purut
3 @ 4 biji limau nipis
4 batang serai (ketuk)
2 biji tomato (potong 4)
4 biji bawang besar (potong 4)
6 biji cili padi (ketuk)

Bahan kisar -
3 biji cili kering
5 biji cili besar
½ inci lengkuas
¼ inci halia
2 biji tomato
1 batang serai
3 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

CARA-CARA
Masukkan bahan kisar, daging, garam & ajinomoto secukup rasa ke dalam periuk, didihkan diatas api, setelah daging setengah empuk masukkan ayam, didihkan sekejap, kemudian baru dimasukkan sotong dan udang. setelah itu masukkan bawang besar, serai, daun limau purut, tomato, kobis, bunga kobis, biarkan 5 minit, perah limau nipis secukup rasa.


Kalimah ALLAH di langit Perlis.

Saturday 24 March 2012 0 comments

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Di ambil pada 28jan 2010. jam 7.50pagi hari khamis .di sekitar kubang gajah , Perlis... masa tue langit bersih tiada awan ,tetapi ade awan yg berbentuk kalimah ALLAH... subhanallah!

Kekuasaan Allah S.W.T


PROJEK RM300 JUTA ATASI BANJIR DI PERLIS

Friday 23 March 2012 0 comments

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

kalau sebut banjir ja, memang xasing dah la kat perlis ni...boleh kata setahun 2kali kawasan-kawasan rendah sekitar perlis ni mesti banjir...kecian jugak bila tengok penduduk yang jadi mangsa keadaan...tapi semua ni dugaan dari-Nya...Allah tak uji kita ngan ujian yang tidak mampu kita tanggung kan..

tapi saya amat kagum dengan semangat rakyat-rakyat perlis yang bangun untuk menolong mangsa-mangsa banjir ini..
kos yang terpaksa ditanggung kerajaan dan rakyat memang banyak..jadi untuk elak benda sama jadi lagi, kerajaan kena lah pikir cara nak atasi masalah ini kan...jom kita baca berita pasal hal ini jom..
 
PROJEK RM300 JUTA ATASI BANJIR DI PERLIS | 
 Pastinya semua masih ingat peristiwa banjir besar yang berlaku di Perlis tempohari. Banjir yang hampir menenggelamkan seluruh negeri Perlis. Semalam, kerajaan negeri Perlis mengumumkan bajet besar untuk mengatasi masalah banjir di negeri Perlis. Semoga dengan pengumuman ini dapat meringankan beban yang perlu ditanggung rakyat akibat bencana banjir. Dibawah ada petikan akhbar berkenaan pengumuman Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Kerajaan negeri Perlis sedang giat mengambil langkah perlu bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Beliau berkata antara langkah itu ialah projek mengalirkan air daripada empangan Timah Tasoh ke laut dan projek tebatan banjir Arau membabitkan kos lebih RM300 juta yang akan dilaksanakan tidak lama lagi

Pastinya semua masih ingat peristiwa banjir besar yang berlaku di Perlis tempohari. Banjir yang hampir menenggelamkan seluruh negeri Perlis. Semalam, kerajaan negeri Perlis mengumumkan bajet besar untuk mengatasi masalah banjir di negeri Perlis. Semoga dengan pengumuman ini dapat meringankan beban yang perlu ditanggung rakyat akibat bencana banjir. Dibawah ada petikan akhbar berkenaan pengumuman Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Kerajaan negeri Perlis sedang giat mengambil langkah perlu bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Beliau berkata antara langkah itu ialah projek mengalirkan air daripada empangan Timah Tasoh ke laut dan projek tebatan banjir Arau membabitkan kos lebih RM300 juta yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

 RM 300 juta tu...tak sikit la...tapi kos ni terpaksa dihadapi oleh kerajaan demi keselesaan rakyat jelata juga....tepuk tangan untuk kerajaan perlis..saya kagum dengan usaha anda...

Assalamualaikum..

Ramai Dipotong Kaki DiPerlis Kerna Diabetes !

Thursday 22 March 2012 0 comments

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

ha,untuk post y pertama tentang bumi perlis ni, adalah lebih baik kalau kita sentuh dahulu bab kesihatan..ha...
tak perlu risau, blog ni bukak khusus untuk kesihatan kat perlis ja, tetapi merangkumi semua jenis info dan hiburan...

ok,kembali kepada tajuk asal.


Ramai pesakit diabetes Perlis dipotong kaki


KANGAR — Ramai penduduk Perlis kehilangan kaki setiap tahun akibat Diabetes yang berpunca
 antaranya ialah sikap tidak mengambil berat terhadap kesan penyakit itu, kata Menteri Besar,
Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Menurutnya, sejak 2007 sehingga tahun lalu, dianggarkan antara 60 dan 100 pesakit Diabetes
di Perlis terpaksa dipotong kaki mereka kerana tisu anggota badan itu telah mati.

Berucap measmikan sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri Perlis 2011 di Kampung
 Nesam dekat sini hari ini, beliau berkata sebanyak 13,714 pesakit Diabetes berdaftar
 mendapatkan rawatan di klinik-klinik kerajaan.

Bagaimanapun, data Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menunjukkan hanya
antara 20 dan 30 peratus daripada mereka yang mempunyai tahap gula dalam darah
yang terkawal.

Walaupun jumlah pesakit yang berdaftar berjumlah 13,714 namun beliau  percaya jumlah
sebenar pesakit itu adalah lebih tinggi kerana ada yang mendaftar di klinik swasta malah
ada yang langsung tidak mendapat rawatan. — Bernama 

haa..ngeri kan.... jadi sebagai seorng rakan dan saudara, saya nak nasihat kan supaya jaga lah makan minum kita...kurangkan pengambilan gula dalam permakanan kita seharian..

so orang perlis! wake up now..sudah sampai masanya kita berubah demi masa depan yang lebih sihat...

assalamualaikum... 

Percutian di Perlis.

Sunday 18 March 2012 0 comments

Assalamualaikum W.B.T dan salam satu Malaysia.

kebanyakkan orang akan tertanya-tanya, ada apa la kat perlis tu...
haa...jangan terkejut..kat perlis ada lebih dari 10 tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi...thats quite a good number for negeri yang comel macam perlis kan?

Ok,balik kepada topik kita.kat sini saya akan cuba untuk tunjukkan tempat-tempat menarik yang ada dekat negeri indera kayangan ni..

1) Gua Kelam

Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat.
Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua “cave walk”.
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.

 
Oh Perlis! © 2011 | Designed by Interline Cruises, in collaboration with Interline Discounts, Travel Tips and Movie Tickets