Tom Yam Campur!

Tuesday 27 March 2012

Perlis terkenal dengan pelbagai makanan. Disebabkan lokasinya yang berada bersebelahan dengan negara Thailand, makanannya yang terkenal di negeri Perlis juga dipengaruhi oleh masakan Thailand..
kebanyakan restoran di negeri Perlis menyediakan hidangan Tom Yam.


disini saya ingin berkongsi resipi cara untuk membuat Tom Yam supaya anda boleh membuat Tom Yam sendiri dirumah nanti.

BAHAN-BAHAN

¼ ekor ayam & daging
¼ kg udang & ¼ kg sotong
RM2.00 bunga kobis
RM1.00 kobis
3 biji carot
2 keping batang sup
10 helai daun limau purut
3 @ 4 biji limau nipis
4 batang serai (ketuk)
2 biji tomato (potong 4)
4 biji bawang besar (potong 4)
6 biji cili padi (ketuk)

Bahan kisar -
3 biji cili kering
5 biji cili besar
½ inci lengkuas
¼ inci halia
2 biji tomato
1 batang serai
3 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

CARA-CARA
Masukkan bahan kisar, daging, garam & ajinomoto secukup rasa ke dalam periuk, didihkan diatas api, setelah daging setengah empuk masukkan ayam, didihkan sekejap, kemudian baru dimasukkan sotong dan udang. setelah itu masukkan bawang besar, serai, daun limau purut, tomato, kobis, bunga kobis, biarkan 5 minit, perah limau nipis secukup rasa.


0 comments:

Post a Comment

 
Oh Perlis! © 2011 | Designed by Interline Cruises, in collaboration with Interline Discounts, Travel Tips and Movie Tickets