Ramai Dipotong Kaki DiPerlis Kerna Diabetes !

Thursday 22 March 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

ha,untuk post y pertama tentang bumi perlis ni, adalah lebih baik kalau kita sentuh dahulu bab kesihatan..ha...
tak perlu risau, blog ni bukak khusus untuk kesihatan kat perlis ja, tetapi merangkumi semua jenis info dan hiburan...

ok,kembali kepada tajuk asal.


Ramai pesakit diabetes Perlis dipotong kaki


KANGAR — Ramai penduduk Perlis kehilangan kaki setiap tahun akibat Diabetes yang berpunca
 antaranya ialah sikap tidak mengambil berat terhadap kesan penyakit itu, kata Menteri Besar,
Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Menurutnya, sejak 2007 sehingga tahun lalu, dianggarkan antara 60 dan 100 pesakit Diabetes
di Perlis terpaksa dipotong kaki mereka kerana tisu anggota badan itu telah mati.

Berucap measmikan sambutan Hari Diabetes Sedunia peringkat negeri Perlis 2011 di Kampung
 Nesam dekat sini hari ini, beliau berkata sebanyak 13,714 pesakit Diabetes berdaftar
 mendapatkan rawatan di klinik-klinik kerajaan.

Bagaimanapun, data Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menunjukkan hanya
antara 20 dan 30 peratus daripada mereka yang mempunyai tahap gula dalam darah
yang terkawal.

Walaupun jumlah pesakit yang berdaftar berjumlah 13,714 namun beliau  percaya jumlah
sebenar pesakit itu adalah lebih tinggi kerana ada yang mendaftar di klinik swasta malah
ada yang langsung tidak mendapat rawatan. — Bernama 

haa..ngeri kan.... jadi sebagai seorng rakan dan saudara, saya nak nasihat kan supaya jaga lah makan minum kita...kurangkan pengambilan gula dalam permakanan kita seharian..

so orang perlis! wake up now..sudah sampai masanya kita berubah demi masa depan yang lebih sihat...

assalamualaikum... 

0 comments:

Post a Comment

 
Oh Perlis! © 2011 | Designed by Interline Cruises, in collaboration with Interline Discounts, Travel Tips and Movie Tickets