Percutian di Perlis.

Sunday 18 March 2012

Assalamualaikum W.B.T dan salam satu Malaysia.

kebanyakkan orang akan tertanya-tanya, ada apa la kat perlis tu...
haa...jangan terkejut..kat perlis ada lebih dari 10 tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi...thats quite a good number for negeri yang comel macam perlis kan?

Ok,balik kepada topik kita.kat sini saya akan cuba untuk tunjukkan tempat-tempat menarik yang ada dekat negeri indera kayangan ni..

1) Gua Kelam

Meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat.
Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua “cave walk”.
Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.

0 comments:

Post a Comment

 
Oh Perlis! © 2011 | Designed by Interline Cruises, in collaboration with Interline Discounts, Travel Tips and Movie Tickets